Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لعن الله ‌الراشي ‌والمرتشي، والرائش الذي يمشي بينهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah, serta orang yang menjadi perantara antara mereka berdua.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 773, hadis nombor 3951. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ثوبان – رضي الله عنه – عن النبي ﷺ قال: ((لعن الله ‌الراشي ‌والمرتشي، والرائش الذي يمشي بينهما)). [ك، حم، البزار، طب، ((الضعيفة)) (1235)]

(Munkar) Daripada Thauban RA daripada Nabi SAW berkata: Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah, serta orang yang menjadi perantara antara mereka berdua. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad dalam Musnad, al-Bazzar dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1235]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.