Allah melaknat orang yang masuk menyertai kami tanpa keturunan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لعن الله الداخل فينا بغير نسب والخارج منا بغير سبب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Allah melaknat orang yang masuk menyertai kami tanpa keturunan,dan yang keluar daripada kami tanpa sebab.

STATUS

Tidak Diketahui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 327, hadis nombor 27. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا أعرف له إسنادا. وقد بيض له ابن حجر.

Aku tidak mengetahui ada sanad baginya. Ibn Hajar telah memutihkan (meninggalkan ruang kosong tanpa tulisan) baginya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs