Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Allah melaknat 7 golongan daripada makhluk-Nya

Teks Bahasa Arab

لعن الله سبعة من خلقه من فوق سبع سماواته، وردد لعنته على واحد منهم ثلاثا، ولعن كل واحد منهم لعنة تكفيه، قال: ملعون من عمل عمل قوم لوط، ملعون من عمل عمل قوم لوط، ملعون من عمل عمل قوم لوط. ملعون من ذبح لغير الله. ملعون من أتى شيئا من البهائم. ملعون من عق والديه. ملعون من جمع بين المرأة وابنتها. ملعون من غير حدود الأرض. ملعون من ادعى إلى غير مواليه.

Teks Bahasa Melayu

Allah melaknat 7 golongan daripada makhluk-Nya dari atas 7 langit-Nya, dan setiap laknatnya diulang tiga kali, dan melaknat perbuatan tersebut dengan laknatan yang sangat mencukupi (berat). Baginda berkata: Terlaknatlah golongan yang melakukan amalan kaum Lut, terlaknatlah golongan yang melakukan amalan kaum Lut, terlaknatlah golongan yang melakukan amalan kaum Lut. Terlaknatlah mereka yang menyembelih haiwan selain untuk Allah, terlaknatlah bagi mereka yang melakukan seks pada haiwan. Terlaknatlah mereka yang derhaka dengan orang tuanya, terlaknatlah bagi yang mengahwini seorang ibu dan anaknya sekaligus. Terlaknatlah bagi mereka yang merubah aturan bumi. Terlaknatlah bagi bekas hamba yang menisbahkan diri kepada selain bekas majikan (yang membebaskannya).

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 507, hadis no. 2701.

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله : «لعن الله سبعة ممن خلقه من فوق سبع سماواته، وردد لعنته على واحد منهم ثلاثا، ولعن كل واحد منهم لعنة تكفيه، قال: ملعون من عمل عمل قوم لوط، ملعون من عمل عمل قوم لوط، ملعون من عمل عمل قوم لوط. ملعون من ذبح لغير الله، ملعون من أتى شيئا من البهائم. ملعون من عق والديه، ملعون من جمع بين المرأة وابنتها. ملعون من غير حدود الأرض. ملعون من ادعى إلى غير مواليه. [طس، أبو بكر، الشافعي في «الفوائده، عد، والضعيفة» (5368)]

(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Allah melaknat 7 golongan daripada makhluk-Nya dari atas 7 langit-Nya, dan setiap laknatnya diulang tiga kali, dan melaknat perbuatan tersebut dengan laknatan yang sangat mencukupi (berat). Baginda berkata: Terlaknatlah golongan yang melakukan amalan kaum Lut, terlaknatlah golongan yang melakukan amalan kaum Lut, terlaknatlah golongan yang melakukan amalan kaum Lut. Terlaknatlah mereka yang menyembelih haiwan selain untuk Allah, terlaknatlah bagi mereka yang melakukan seks pada haiwan. Terlaknatlah mereka yang derhaka dengan orang tuanya, terlaknatlah bagi yang mengahwini seorang ibu dan anaknya sekaligus. Terlaknatlah bagi mereka yang merubah aturan bumi. Terlaknatlah bagi bekas hamba yang menisbahkan diri kepada selain bekas majikan (yang membebaskannya). [Disebutkan oleh al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat, Abu Bakar al-Syafie dalam kitab al-Fawaid, Ibnu 'Adi dalam kitab al-Kamil Fi al-Du'afa, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5368]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.