Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنّ الله يَسْتَحيى من ذي الشَيبةِ إذا كان مُسَدّداً لَزومًا للسُنَّةِ أن يسأَلَهُ فلا يعطيَهٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang sudah tua jika dia menumpukan dan melazimi sunnah, apabila dia meminta kepada-Nya, lalu Dia tidak memakbulkannya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1254, hadis no. 6409. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: إن الله يستحيى من ذي الشيبة إذا كان مسددا لزوما للسنة أن يسأله فلا يعطيه. [ابن أبي عاصم، ((الضعيفة)) (2579)].
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA, katanya: Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang sudah tua jika dia menumpukan dan melazimi sunnah, apabila dia meminta kepada-Nya, lalu Dia tidak memakbulkannya. [Riwayat Ibn Abi 'Asim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2579]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman