Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لله أفرح بتوبة عبده من رجل أضل راحلته بفلاة من الأرض، فطلبها، فلم يقدر عليها، فتسجى للموت، فبينما هو كذلك إذ سمع وجبة الراحلة حين بركت، فكشف عن وجهه، فإذا هو براحلته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya berbanding gembiranya seseorang yang hilang tunggangan di padang pasir. Dia telah mencari tunggangan tersebut namun tidak mampu menemuinya. Malah, maut hampir menyelubunginya. Tiba-tiba dalam keadaan hampir mati itu, dia terdengar bunyi hentakkan kaki haiwan tunggangannya seperti ia mahu duduk. Kemudian, dia membuka matanya lalu terlihat binatang tunggangannya.

STATUS

Lemah dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2025, hadis nombor 10184. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا اللفظ)
عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – مرفوعا: لله أفرح بتوبة عبده من رجل أضل راحلته بفلاة من الأرض، فطلبها، فلم يقدر عليها، فتسجى للموت، فبينما هو كذلك إذ سمع وجبة الراحلة حين بركت، فكشف عن وجهه، فإذا هو براحلته.
[ه، حم، ع، ((الضعيفة)) (4294)]

(Lemah dengan lafaz ini)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya berbanding gembiranya seseorang yang hilang tunggangan di padang pasir. Dia telah mencari tunggangan tersebut namun tidak mampu menemuinya. Malah, maut hampir menyelubunginya. Tiba-tiba dalam keadaan hampir mati itu, dia terdengar bunyi hentakkan kaki haiwan tunggangannya seperti ia mahu duduk. Kemudian, dia membuka matanya lalu terlihat binatang tunggangannya.
[Riwayat Sunan Ibn Majah, al-Hakim dalam Mustadrak al-Hakim dan Abu Ya’la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4294]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.