Allah jaminkan tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi sebagai rezekinya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من طلب ما عند الله؛ كانت السماء ظلاله، والأرض فراشه، لم يهتم بشيء من أمر الدنيا، فهو لا يزرع، ويأكل الخبز، وهو لا يغرس الشجر، ويأكل الثمار؛ توكلا على الله تعالى، وطلبا لمرضاته، فضمن الله السموات السبع والأرضين السبع رزقه، فهم يتعبون فيه، ويأتون به حلالا، ويستوفي هو رزقه بغير حساب عند الله تعالى حتى أتاه اليقين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mencari apa yang berada di sisi Allah, maka langit menaunginya, bumi menjadi hamparannya, dia tidak mengambil berat dengan sesuatu pun daripada urusan dunia, dia tidak menanam, tetapi dia makan roti, dan dia tidak menanam pokok tetapi dia makan buah kerana bertawakal kepada Allah dan mencari keredaan-Nya. Lalu Allah jaminkan tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi sebagai rezekinya, mereka berpenat lelah terhadapnya dan membawa kepadanya rezeki yang halal, dan dia memperoleh rezeki tanpa hisab di sisi Allah hinggalah datang kematian kepadanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1404, hadis nombor 7117. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: من طلب ما عند الله؛ كانت السماء ظلاله، والأرض فراشه، لم يهتم بشيء من أمر الدنيا، فهو لا يزرع، ويأكل الخبز، وهو لا يغرس الشجر، ويأكل الثمار؛ توكلا على الله تعالى، وطلبا لمرضاته، فضمن الله السموات السبع والأرضين السبع رزقه، فهم يتعبون فيه، ويأتون به حلالا، ويستوفي هو رزقه بغير حساب عند الله تعالى حتى أتاه اليقين.
[ابن حبان في (( الضعفاء))، ك، ((الضعيفة)) (445)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mencari apa yang berada di sisi Allah, maka langit menaunginya, bumi menjadi hamparannya, dia tidak mengambil berat dengan sesuatu pun daripada urusan dunia, dia tidak menanam, tetapi dia makan roti, dan dia tidak menanam pokok tetapi dia makan buah kerana bertawakal kepada Allah dan mencari keredaan-Nya. Lalu Allah jaminkan tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi sebagai rezekinya, mereka berpenat lelah terhadapnya dan membawa kepadanya rezeki yang halal, dan dia memperoleh rezeki tanpa hisab di sisi Allah hinggalah datang kematian kepadanya.
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du’afa’ dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 445]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.