Allah itu indah dan suka akan keindahan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ينبغي للرجل – إذا خرج إلى أصحابه – أن يهيئ من لحيته ورأسه؛ فإن الله جميل يحب الجمال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah seorang lelaki itu apabila dia keluar bertemu sahabatnya, memperelokkan keadaan janggutnya dan kepalanya (rambut). Ini kerana sesungguhnya Allah itu indah dan suka akan keindahan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1641, hadis nombor 8300. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة – رضي الله عنها-، قالتْ: خرج رسول الله – صلى الله عليه وسلم – إلى صلاة العصر، فمرّ بركية فيها ماء، فاطلع فيها، فسوَّى من لحيته ومن رأسه، فقالتْ عائشةَ: "وأنت تفعل هذا يا رسول الله؟" فقال: ((ينبغي للرجل – إذا خرج إلى أصحابه – أن يهيئ من لحيته ورأسه؛ فإن الله جميل يحب الجمال)). [عد، ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، ((الضعيف)) (6291)].

(Sangat Lemah)
Daripada Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW keluar untuk solat asar, lalu baginda berjalan melalui sebuah telaga yang terdapat air di dalamnya, dan baginda melihat ke dalam perigi itu, lalu baginda meluruskan janggutnya dan kapalanya (rambut). Lalu, Aisyah bertanya: Kenapa kamu buat begitu, wahai Rasulullah? Lalu baginda bersabda: ((Hendaklah seorang lelaki itu apabila dia keluar bertemu sahabatnya, memperelokkan keadaan janggutnya dan kepalanya (rambut). Ini kerana sesungguhnya Allah itu indah dan suka akan keindahan.))
[Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’ dan Ibn Al-Jawzi dalam al-Ilal Mutanahiyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6291].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.