Allah fahamkan dia dalam urusan agama dan mengilhamkan petunjukNya

TEKS BAHASA ARAB

من يرد الله به خيرا؛ يفقهه في الدين، ويلهمه رشده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah fahamkan dia dalam urusan agama dan mengilhamkan petunjukNya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1247, hadis nombor 6362. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذه الزيادة)
عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من يرد الله به خيرا؛ يفقهه في الدين، ويلهمه رشده.
[عبد الله بن أحمد في ((زوائد الزهد))، طب، أبو بكر القطيعي في ((جزئه))المعروف بـ((الألف دينار)) من ((الفوائد))، حل، ((الضعيفة)) (2129)]

(Lemah dengan penambahan ini)
Daripada ‘Abdillah bin Mas’ud RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah fahamkan dia dalam urusan agama dan mengilhamkan petunjukNya.
[Riwayat 'Abdullah bin Ahmad dalam Zawa'id al-Zuhd, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Abu Bakr al-Qati'ei dalam Juz beliau yang dikenali dengan al-Alf Dinar melalui al-Fawa'id, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2129]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs