Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من يُرِدِ اللهُ به خيرًا؛ يُفَقِّهْهُ في الدِّينِ، ويُلْهِمْهُ رُشْدَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah fahamkan dia dalam urusan agama dan mengilhamkan petunjukNya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1247, hadis no. 6362. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بهذه الزيادة) عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من يرد الله به خيرا؛ يفقهه في الدين، ويلهمه رشده. [عبد الله بن أحمد في ((زوائد الزهد))، طب، أبو بكر القطيعي في ((جزئه))المعروف بـ((الألف دينار)) من ((الفوائد))، حل، ((الضعيفة)) (2129)]
(Lemah dengan penambahan ini) Daripada 'Abdillah bin Mas'ud RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah fahamkan dia dalam urusan agama dan mengilhamkan petunjukNya. [Riwayat 'Abdullah bin Ahmad dalam Zawa'id al-Zuhd, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Abu Bakr al-Qati'ei dalam Juz beliau yang dikenali dengan al-Alf Dinar melalui al-Fawa'id, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2129]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman