Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Allah enggan menjadikan rezeki mukmin

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: أَبى الله أَن يرْزق عيد الْمُؤمن إِلَّا نم حَيْثُ لَا يعلم.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Allah enggan menjadikan rezeki mukmin melainkan daripada arah yang tidak dia ketahui.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 29, hadis no. 6. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أورده ابن الجوزي في الموضوعات لكنه منتقد، والحق: أنه ضعيف.

Ibn al-Jawzi meletakkanya di dalam kitab al-Maudhu’at akan tetapi pendapatnya dikritik, yang benar hadis ini lemah.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.