Allah enggan menerima amalan ahli bid‘ah sehingga dia meninggalkan amalan bid‘ahnya itu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أبى الله أن يقبل عمل صاحب بدعة، حتى يدع بدعته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah enggan menerima amalan ahli bid‘ah sehingga dia meninggalkan amalan bid‘ahnya itu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1975, hadis nombor 9880. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‏منكر) ‏عن عبدالله بن عباس -رضي الله عنهما- قال: ‏قال رسول الله ﷺ مرفوعا: «‏أبى الله أن يقبل عمل صاحب بدعة، حتى يدع بدعته».
[ه، ‏ابن أبي عاصم، فر، «الضعيفة» (1492)].

(Munkar)
Daripada Abdullah bin ‘Abbas RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah enggan menerima amalan ahli bid‘ah sehingga dia meninggalkan amalan bid‘ahnya itu.
[Riwayat Ibn Majah, Ibn Abi ‘Asim dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1492].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.