Allah enggan memberikan kekuasaan kepada bala

TEKS BAHASA ARAB

أبى الله أن يجعل للبلاء سلطاناً على بدن عبده المؤمن

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah enggan memberikan kekuasaan kepada bala untuk menguasai tubuh hambanya yang beriman.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 6, hadis nombor 5. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith ini termasuk salah satu hadith yang penulis (al-Suyuti) sendiri menilainya sebagai palsu kerana beliau telah memasukkannya dalam Zail al-Mawdhu'at. Ini kerana, ia melalui riwayat al-Qasim bin Ibrahim al-Multi, beliau seorang kaki dusta dan kaki pemalsu hadith.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs