TEKS BAHASA ARAB
قرأ رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: {فأما الذين شقوا ففي النار لهم فيها زفير وشهيق. خالدين فيها ما دامت السماوات والأرض إلا ما شاء ربك}؛ قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن شاء الله أن يخرج أناساً من الذين شقوا من النار، فيدخلهم الجنة؛ فعل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW telah membacakan ayat: {Adapun orang-orang yang celaka (disebabkan keingkaran dan maksiatnya), maka di dalam nerakalah tempatnya. Bagi mereka di situ, hanyalah suara memekik-mekik dan mendayu-dayu (seperti suara keldai}.” [Hud: 106] Rasulullah SAW bersabda: ((Jika Allah berkehendak untuk mengeluarkan orang-orang yang diseksa di dalam neraka itu dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia boleh melakukannya.))
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1509, hadis nombor 7682. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه- قال: قرأ رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: {فأما الذين شقوا ففي النار لهم فيها زفير وشهيق. خالدين فيها ما دامت السماوات والأرض إلا ما شاء ربك}؛ قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن شاء الله أن يخرج أناساً من الذين شقوا من النار، فيدخلهم الجنة؛ فعل.} [ابن مردويه، ((الضعيفة)) (5380)].
(Palsu)
Daripada Jabir RA berkata: Rasulullah SAW telah membacakan ayat: {Adapun orang-orang yang celaka (disebabkan keingkaran dan maksiatnya), maka di dalam nerakalah tempatnya. Bagi mereka di situ, hanyalah suara memekik-mekik dan mendayu-dayu (seperti suara keldai}.” [Hud: 106] Rasulullah SAW bersabda: ((Jika Allah berkehendak untuk mengeluarkan orang-orang yang diseksa di dalam neraka itu dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia boleh melakukannya.))
[Riwayat bnu Mardawayh. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5380].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.