Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Allah berkuasa mengeluarkan hamba-Nya dari neraka dan memasukkan mereka ke dalam syurga dengan rahmat-Nya

Teks Bahasa Arab

قَرَأَ رَسُولُ اللهِ - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: {فَأَمَّا الَّذِينَ شَقُوا فَفِي النَّارِ لَهُمْ فِيهَا زَفِيرٌ وَشَهِيقٌ. خَالِدِينَ فِيهَا مَا دَامَتِ السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ إِلَّا مَا شَاءَ رَبُّكَ}؛ قَالَ رَسُولُ اللهِ - صّلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: ((إِنْ شَاءَ اللهُ أَنْ يٌخْرِجَ أُنَاساً مِنَ الَّذِينَ شَقُوا مِنَ النَّارِ، فَيُدْخِلَهُمُ الجّنَّةَ؛ فَعَلَ)).

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW telah membacakan ayat: {Adapun orang-orang yang celaka (disebabkan keingkaran dan maksiatnya), maka di dalam nerakalah tempatnya. Bagi mereka di situ, hanyalah suara memekik-mekik dan mendayu-dayu (seperti suara keldai}.” [Hud: 106] Rasulullah SAW bersabda: ((Jika Allah berkehendak untuk mengeluarkan orang-orang yang diseksa di dalam neraka itu dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia boleh melakukannya.))

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1509, hadis no. 7682. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه- قال: قرأ رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: {فأما الذين شقوا ففي النار لهم فيها زفير وشهيق. خالدين فيها ما دامت السماوات والأرض إلا ما شاء ربك}؛ قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إن شاء الله أن يخرج أناساً من الذين شقوا من النار، فيدخلهم الجنة؛ فعل.} [ابن مردويه، ((الضعيفة)) (5380)].

(Palsu) Daripada Jabir RA berkata: Rasulullah SAW telah membacakan ayat: {Adapun orang-orang yang celaka (disebabkan keingkaran dan maksiatnya), maka di dalam nerakalah tempatnya. Bagi mereka di situ, hanyalah suara memekik-mekik dan mendayu-dayu (seperti suara keldai}.” [Hud: 106] Rasulullah SAW bersabda: ((Jika Allah berkehendak untuk mengeluarkan orang-orang yang diseksa di dalam neraka itu dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia boleh melakukannya.)) [Riwayat bnu Mardawayh. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5380].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.