Allah berkata setiap hari: Akulah Al-'Aziz (Yang Mulia)

TEKS BAHASA ARAB

حديث: يقول الله كل يوم: أنا العزيز، فمن أراد عز الدارين فليطع العزيز.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Allah berkata setiap hari: Akulah Al-‘Aziz (Yang Mulia), sesiapa yang mahukan kemuliaan dunia dan akhirat maka hendaklah dia mentaati Yang Mulia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 444, hadis nombor 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب، عن أنس مرفوعا، وفي إسناده: داود بن عفان بن حبيب النيسابوري، كان يضع الحديث على أنس.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dalam sanadnya ada Affan bin Habib al-Naisaburi, seorang yang memalsukan hadis-hadis Anas.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs