Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ تَوَضَّأَ، فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ - فَغَسَلَ يَدَيْهِ وَوَجْهَهُ، وَمَسَحَ عَلَى رَأْسِهِ وَأُذُنَيْهِ، ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ الْمَفْرُوضَةِ -،غَفَرَ اللَّهُ لَهُ فِي ذَلِكَ الْيَوْمِ مَا مَشَتْ إِلَيْهِ رِجْلُهُ، وَقَبَضَتْ عَلَيْهِ يَدَاهُ، وَسَمِعَتْ إِلَيْهِ أُذُنَاهُ، وَنَظَرَتْ إِلَيْهِ عَيْنَاهُ، وَحَدَّثَ بِهِ نَفْسَهُ مِنْ سُوءٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berwuduk lalu dia menyempurnakan wuduknya – dia membasuh kedua tangan dan wajahnya, dia menyapu kepalanya dan kedua telinganya, kemudian dia berdiri melakukan solat fardhu -, Allah berikan keampunan kepadanya pada hari tersebut terhadap kesalahan yang telah dilakukan oleh kakinya, yang telah digenggam oleh kedua tangannya, yang telah didengar oleh kedua telinganya, yang telah dilihat oleh kedua matanya dan kejahatan yang dibicarakan oleh hatinya". Abu Umamah berkata: "Demi Allah! Aku benar-benar telah mendengarnya daripada Nabi Allah beberapa kali yang aku tidak dapat hitung".
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1228, hadis no. 6248. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر: (اليوم، وتحديث النفس)) عن أبي مسلم قال: دخلت على أبي أمامة وهو يتفلى في المسجد، ويدفن القمل في الحصى، فقلت له: يا أبا أمامة! إن رتجلا حدثني عنك أنك قلت: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من توضأ، فأسبغ الوضوء -فغسل يديه ووجهه، ومسح على رأسه وأذنيه، ثم قام إلى الصلاة المفروضة-،غفر الله له في ذلك اليوم ما مشت إليه رجله، وقبضت عليه يداه، وسمعت إليه أذناه، ونظرت إليه عيناه، وحدث به نفسه من سوء. [حم، طب، هب، ((الضعيفة)) (6711)].
(Munkar dengan menyebutkan: "Hari ini, dan perbicaraan hati") Daripada Abi Muslim, katanya: Aku pernah masuk menemui Abu Umamah sewaktu beliau sedang membersihkan kutu dalam masjid dan menanamnya dalam pasir. Aku pun berkata kepadanya: Wahai Abu Umamah! Sesesungguhnya ada seseorang yang telah menceritakan kepadaku hadis daripadamu bahawa engkau berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berwuduk lalu dia menyempurnakan wuduknya – dia membasuh kedua tangan dan wajahnya, dia menyapu kepalanya dan kedua telinganya, kemudian dia berdiri melakukan solat fardu -, Allah berikan keampunan kepadanya pada hari tersebut terhadap kesalahan yang telah dilakukan oleh kakinya, yang telah digenggam oleh kedua tangannya, yang telah didengar oleh kedua telinganya, yang telah dilihat oleh kedua matanya dan kejahatan yang dibicarakan oleh hatinya. Abu Umamah berkata: Demi Allah! Aku benar-benar telah mendengarnya daripada Nabi Allah beberapa kali yang aku tidak dapat hitung. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6711].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman