Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Allah berikan apa yang telah sampai kepadanya sekalipun orang yang memberitahunya itu adalah pendusta

Teks Bahasa Arab

مَن بَلَغَهُ عنِ اللهِ فَضْلٌ، فأخذ بذلك الفَضْلِ الذي بَلَغَهُ، أعطاه اللهُ ما بَلَغَهُ، وإن كان الذي حَدَّثَهُ كاذِبًا.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang sampai kepadanya kurniaan daripada Allah, lalu dia mengambil kurniaan tersebut yang sampai kepadanya, Allah berikan apa yang telah sampai kepadanya sekalipun orang yang memberitahunya itu adalah pendusta.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1232, hadis no. 6272. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: من بلغه عن الله فضل، فأخذ بذلك الفضل الذي بلغه، أعطاه الله ما بلغه، وإن كان الذي حدثه كاذبا. [البغوي في ((حديث كامل بن طلحة))، ابن عبد البر في ((جامع بيان العلم))، السمرقندي في ((ما قرب سنده))، ابن عساكر في ((التجريد))، ((الضعيفة)) (452)].

(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang sampai kepadanya kurniaan daripada Allah, lalu dia mengambil kurniaan tersebut yang sampai kepadanya, Allah berikan apa yang telah sampai kepadanya sekalipun orang yang memberitahunya itu adalah pendusta. [Riwayat al-Baghawi dalam Hadith Kamil bin Talhah, Ibn 'Abd al-Bar dalam Jami' Bayan al-'Ilm, al-Samarqandi dalam Ma Qaraba Sanaduhu, Ibn 'Asakir dalam al-Tajrid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 452].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.