TEKS BAHASA ARAB
قال الله: أيها الشاب التارك شهوته لي ، المبتذل شبابه من أجلي ، أنت عندي كبعض ملائكتي ، ولك عندي كل يوم وليلة أجر صديق.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai pemuda! Orang yang meninggalkan syahwatnya kerana-Ku, menghabiskan waktu remajanya untuk-Ku; engkau adalah seperti sebahagian malaikat-Ku, engkau mendapat pahala di sisi-Ku seperti orang yang benar pada setiap siang dan malam.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 644, hadis nombor 3335. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبدالله بن مسعود -رضي : «قال الله: أيها الشاب! التارك شهوته لي، المبتذل شبابه من أجلي؛ أنت كبعض ملائكتي، ولك عندي كل يوم ، كل يوم وليلة أجر صديق». [عد، «الضعيفة (6588)].
(Palsu) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Allah berfirman: Wahai pemuda! Orang yang meninggalkan syahwatnya kerana-Ku, menghabiskan waktu remajanya untuk-Ku; engkau adalah seperti sebahagian malaikat-Ku, engkau mendapat pahala di sisi-Ku seperti orang yang benar pada setiap siang dan malam.” [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6588]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.