Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قال الله: أيُّها الشابُّ التاركُ شهوتَهُ لي ، المبتذلُ شبابَهُ من أَجْلِي ، أنتَ عندي كبعضِ ملائكتي ، ولكَ عندي كلَّ يومٍ وليلةٍ أجرُ صِدِّيقٍ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai pemuda! Orang yang meninggalkan syahwatnya kerana-Ku, menghabiskan waktu remajanya untuk-Ku; engkau adalah seperti sebahagian malaikat-Ku, engkau mendapat pahala di sisi-Ku seperti orang yang benar pada setiap siang dan malam.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 644, hadis no. 3335. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبدالله بن مسعود -رضي : «قال الله: أيها الشاب! التارك شهوته لي، المبتذل شبابه من أجلي؛ أنت كبعض ملائكتي، ولك عندي كل يوم ، كل يوم وليلة أجر صديق». [عد، «الضعيفة (6588)].
(Palsu) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Allah berfirman: Wahai pemuda! Orang yang meninggalkan syahwatnya kerana-Ku, menghabiskan waktu remajanya untuk-Ku; engkau adalah seperti sebahagian malaikat-Ku, engkau mendapat pahala di sisi-Ku seperti orang yang benar pada setiap siang dan malam.” [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6588]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman