Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يقول الله تبارك وتعالى: يا ابن آدم! واحدة لك، وواحدة لي، وواحدة فيما بيني وبينك، فأما التي لي: فتعبد ني لا تشرك بي شيئاً، وأما التي لك: فما عملت من شيء، أو من عمل؛ وفيتكه، وأما التي فيما بيني وبينك: فمنك الدعاء، وعلي الإجابة.
Teks Bahasa Melayu
Allah berfirman: Wahai Anak Adam! Satu untukmu, satu untuk-Ku dan satu lagi untuk Kita berdua. Adapun untuk-Ku: Sembahlah Aku dan janganlah sesekali menyekutukan-Ku dengan sesuatu. Adapun untukmu: Apa yang telah kamu lakukan atau apa-apa amalan sekalipun akan aku berikan ganjarannya kepadamu. Adapun untuk Kita berdua adalah: Untukmu doa dan bagiku memustajabkannya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1488, hadis no. 7592. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah berfirman: "Wahai Anak Adam! Satu untukmu, satu untuk-Ku dan satu lagi untuk Kita berdua. Adapun untuk-Ku: Sembahlah Aku dan janganlah sesekali menyekutukan-Ku dengan sesuatu. Adapun untukmu: Apa yang telah kamu lakukan atau apa-apa amalan sekalipun akan aku berikan ganjarannya kepadamu. Adapun untuk Kita berdua adalah: Untukmu doa dan bagiku memustajabkannya.” [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4152]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman