Allah berfirman: Tiga golongan yang Aku memusuhi mereka pada hari kiamat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قال الله: ثلاثة أنا خصمهم يوم القيامة، [ومن كنت خصمه، خصمته]: رجل أعطى بي ثم غدر، ورجل باع حرا فأكل ثمنه، ورجل استأجر أجيرا، فاستوفى منه، ولم يعطه (وفي رواية: ولم يوفه) أجره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah berfirman: Tiga golongan yang Aku memusuhi mereka pada hari kiamat, dan sesiapa yang Aku musuhinya, sudah pasti Aku akan menewaskan mereka: Seorang lelaki yang memberi sesuatu dengan namaKu, kemudian dia berlaku khianat. Seorang lelaki yang menjual seseorang yang merdeka (sebagai hamba) lalu dia memakan hasilnya. Dan seorang lelaki yang mengambil seorang pekerja upahan, lalu dia melakukan tugasannya, namun lelaki ini tidak memberi (dalam satu riwayat yang lain: Tidak melunaskan) upah untuknya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 161 hadis nombor 800. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: قال الله: ثلاثة أنا خصمهم يوم القيامة، [ومن كنت خصمه، خصمته]: رجل أعطى بي ثم غدر، ورجل باع حرا فأكل ثمنه، ورجل استأجر أجيرا، فاستوفى منه، ولم يعطه (وفي رواية: ولم يوفه) أجره.
[خ، البغوي، ه، حب، ابن الجارود، الطحاوي في ((المشكل))، هق، حم، ع، طص، ((الضعيفة)) (6763)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah berfirman: Tiga golongan yang Aku memusuhi mereka pada hari kiamat, dan sesiapa yang Aku musuhinya, sudah pasti Aku akan menewaskan mereka: Seorang lelaki yang memberi sesuatu dengan namaKu, kemudian dia berlaku khianat. Seorang lelaki yang menjual seseorang yang merdeka (sebagai hamba) lalu dia memakan hasilnya. Dan seorang lelaki yang mengambil seorang pekerja upahan, lalu dia melakukan tugasannya, namun lelaki ini tidak memberi (dalam satu riwayat yang lain: Tidak melunaskan) upah untuknya.
[Riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, al-Baghawi, Sunan Ibn Majah, Sahih Ibn Hibban, Ibn al-Jarud, al-Tahawi dalam al-Musykil, Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi, Musnad Ahmad dan al-Tabarani dalam Mu'jam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6763]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.