Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قالَ اللَّهُ: ثَلَاثَةٌ أَنَا خَصْمُهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، ومن كنتُ خَصمَه، خصمْتُه: رَجُلٌ أَعْطَى بِي ثُمَّ غَدَرَ، وَرَجُلٌ بَاعَ حُرًّا فَأَكَلَ ثَمَنَهُ، وَرَجُلٌ اسْتَأْجَرَ أَجِيرًا، فَاسْتَوْفَى مِنْهُ، وَلَمْ يُعْطِ (وفي رواية: ولم يُوفه) أَجْرَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Allah berfirman, tiga golongan yang aku memusuhi mereka pada hari kiamat, (barang siapa yang memusuhiku, aku akan memusuhinya): Seorang lelaki yang berjanji denganku kemudian dia khianati, seorang lelaki menjual seorang yang merdeka dan memakan hasil keuntungannya, seorang lelaki yang mengupah seseorang namun tidak memberikan upah setelah selesai (dalam riwayat: tidak melunaskannya) kerjanya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 639, hadis no. 3313. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال : «قال الله: ثلاثة أنا خصمهم يوم القيامة، ومن كنت خصمه؛ خصمته: رجل أعمى بي ثم غدر، ورجل باع حرا فأكل ثمنه، ورجل استأجر أجيرا، فاستوفى منه، ولم يغطه (وفي رواية: ولم يوفه) أخره». [خ، البغوي، هـ، حب، ابن الجارود، هق، الطحاوي في «المشكل»، حم، ع، طص، «الضعيفة»[(6763)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW berkata: “Allah berfirman, tiga golongan yang aku memusuhi mereka pada hari kiamat, (barang siapa yang memusuhiku, aku akan memusuhinya): Seorang lelaki yang berjanji denganku kemudian dia khianati, seorang lelaki menjual seorang yang merdeka dan memakan hasil keuntungannya, seorang lelaki yang mengupah seseorang namun tidak memberikan upah setelah selesai (dalam riwayat: tidak melunaskannya) kerjanya.” [Riwayat al-Bukhari dalam sahihnya, al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah, Sahih Ibn Hibban, Ibn al-Jarud, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, al-Tahawi dalam al-Musykil, Ahmad, Abu Ya’la, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6763]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman