TEKS BAHASA ARAB
حديث: إذا كان يوم القيامة، قال الله لي ولعلي بن أبي طالب: أدخلا الجنة من أحبكما، وأدخلا النار من أبغضكما، فذلك قوله تعالى: (ألقيا في جهنم كل كفار عنيد).
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Apabila tiba hari kiamat, Allah berkata kepadaku dan Ali bin Abi Talib: Masukkanlah sesiapa yang mencintai kamu berdua ke dalam syurga dan masukkanlah sesiapa yang membenci kamu berdua ke dalam neraka. Itulah firman Allah SWT: “Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam neraka jahanam, setiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya".
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 382, hadis nombor 92. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في إسناده: يحيى بن عبد الحميد الحماني، وهو كذاب، وإسحاق بن محمد ابن أبان النخعي، وهو الواضع له.
Pada sanadnya terdapat Yahya bin Abd al-Hamid al-Hamani, dia adalah pendusta, Ishaq bin Muhammad bin Aban al-Nakha’i, dia adalah pemalsu bagi hadith ini.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.