Allah berfirman kepada Daud: Wahai Daud! Binakan untuk-Ku sebuah rumah di bumi

TEKS BAHASA ARAB

قال الله لداود: يا داود ابن لي في الأرض بيتا، فبنى داود بيتا لنفسه قبل البيت الذي أمر به، فأوحى الله إليه: يا داود بنيت بيتك قبل بيتي؟ قال: أي رب هكذا قلت فيما قضيت: من ملك استأثر، ثم أخذ في بناء المسجد، فلما تم سور الحائط سقط، فشكا ذلك إلى الله، فأوحى الله إليه أنه لا يصح أن تبني لي بيتا! قال: أي رب ولم؟ قال: لما جرى على يديك من الدماء، قال: أي رب أولم يكن ذلك في هواك؟ قال: بلى ولكنهم عبادي وإمائي وأنا أرحمهم، فشق ذلك عليه فأوحى الله إليه: لا تحزن فإني سأقضى بناءه على يد ابنك سليمان .

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah berfirman kepada Daud: Wahai Daud! Binakan untuk-Ku sebuah rumah di bumi. Lalu Daud membina sebuah rumah untuk dirinya sebelum dia membina rumah yang diperintahkan kepadanya. Kemudian Allah mewahyukan kepadanya: Wahai Daud! Kamu telah membina rumahmu terlebih dahulu sebelum rumah-Ku? Baginda menjawab: Ya wahai Tuhan! Inilah yang telah Engkau sebutkan pada perkara yang Engkau telah putuskan: Siapa yang memiliki, dia akan mendahului. Kemudian baginda membina masjid dan apabila selesai pagar dinding, ia kemudiannya runtuh. Baginda pun mengadu hal tersebut kepada Allah, maka Allah mewahyukan kepadanya bahawa kamu tidak lagi boleh binakan untuk-Ku sebuah rumah. Baginda bertanya: Wahai Tuhan! Kenapakah demikian? Allah menjawab: Kerana apa yang telah mengalir di tanganmu daripada pertumpahan darah. Baginda berkata lagi: Wahai Tuhan! Tidakkah ia di atas keinginan-Mu. Allah menjawab: Ya, akan tetapi mereka adalah hamba-hamba lelaki-Ku dan hamba-hamba perempuan-Ku dan Aku mengasihani mereka. Maka hal demikian telah menyempitkannya(Daud). Lalu Allah mewahyukan kepadanya: Jangan bersedih kerana sesungguhnya aku akan memutuskan binaan itu dari tangan anakmu iaitu Sulayman

STATUS

Batil Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1657, hadis nombor 8365. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل مرفوع) عن رافع بن عمير -رضي الله عنه- مرفوعا: ((قال الله لداود: يا داود ابن لي في الأرض بيتا، فبنى داود بيتا لنفسه قبل البيت الذي أمر به، فأوحى الله إليه: يا داود بنيت بيتك قبل بيتي؟ قال: أي رب هكذا قلت فيما قضيت: من ملك استأثر، ثم أخذ في بناء المسجد، فلما تم سور الحائط سقط، فشكا ذلك إلى الله، فأوحى الله إليه أنه لا يصح أن تبني لي بيتا! قال: أي رب ولم؟ قال: لما جرى على يديك من الدماء، قال: أي رب أولم يكن ذلك في هواك؟ قال: بلى ولكنهم عبادي وإمائي وأنا أرحمهم، فشق ذلك عليه فأوحى الله إليه: لا تحزن فإني سأقضى بناءه على يد ابنك سليمان ..)). [طب، وفي ((مسند الشاميين))، ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (172)].

(Batil Palsu)
Daripada Rafi’ bin ‘Umair RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Allah berfirman kepada Daud: Wahai Daud! Binakan untuk-Ku sebuah rumah di bumi. Lalu Daud membina sebuah rumah untuk dirinya sebelum dia membina rumah yang diperintahkan kepadanya. Kemudian Allah mewahyukan kepadanya: Wahai Daud! Kamu telah membina rumahmu terlebih dahulu sebelum rumah-Ku? Baginda menjawab: Ya wahai Tuhan! Inilah yang telah Engkau sebutkan pada perkara yang Engkau telah putuskan: Siapa yang memiliki, dia akan mendahului. Kemudian baginda membina masjid dan apabila selesai pagar dinding, ia kemudiannya runtuh. Baginda pun mengadu hal tersebut kepada Allah, maka Allah mewahyukan kepadanya bahawa kamu tidak lagi boleh binakan untuk-Ku sebuah rumah. Baginda bertanya: Wahai Tuhan! Kenapakah demikian? Allah menjawab: Kerana apa yang telah mengalir di tanganmu daripada pertumpahan darah. Baginda berkata lagi: Wahai Tuhan! Tidakkah ia di atas keinginan-Mu. Allah menjawab: Ya, akan tetapi mereka adalah hamba-hamba lelaki-Ku dan hamba-hamba perempuan-Ku dan Aku mengasihani mereka. Maka hal demikian telah menyempitkannya(Daud). Lalu Allah mewahyukan kepadanya: Jangan bersedih kerana sesungguhnya aku akan memutuskan binaan itu dari tangan anakmu iaitu Sulayman)).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, dan dalam Musnad al-Syamiyyin, Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’, dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 172].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs