Batil Marfu'
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قاَلَ اللَّهُ لِدَاوُدَ: يَا دَاوُدُ ابْنِ لِي فِي الْأَرْضِ بَيْتًا فَبَنَى دَاوُدُ بَيْتًا لِنَفْسِهِ قَبْلَ الْبَيْتِ الَّذِي أُمِرَ بِهِ فَأَوْحَى اللهُ إِلَيْهِ: يَا دَاُودُ بَنَيْتَ بَيْتَكَ قَبْلَ بَيْتِي؟ قَالَ: إِيْ رَبِّ هَكَذا قُلْتَ فِيمَا قَضَيْتَ: مَنْ مَلَكَ اسْتَأْثَرَ ثُمَّ أَخَذَ فِي بِنَاءِ الْمَسْجِدِ فَلَمَّا تَمَّ سُورُ الْحَائِطِ سَقَطَ فَشَكَى ذَلِكَ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا يَصِحُ أَنْ تَبْنِيَ لِي بَيْتًا قَالَ: إي رَبِّ وَلِمَ؟ قَالَ: لِمَا جَرَى عَلَى يَدَيْكَ مِنَ الدِّمَاءِ ، قَالَ: إي رَبِّ أَوْ لَمْ يَكُنْ ذلِكَ فِي هَوَاكَ؟ قالَ: بَلَى وَلَكِنَّهُمْ عِبَادِي وَإِمَائِي أَرْحَمُهُم فَشَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِ فَأَوْحَى اللَهُ إليه: لَا تَحْزَنْ، فَإنِّي سَأَقْضِي بِنَاءَهُ عَلَى يَدَيِ ابْنِكَ سُلَيْمَانَ.
Teks Bahasa Melayu
Allah berfirman kepada Daud: Wahai Daud! Binakan untuk-Ku sebuah rumah di bumi. Lalu Daud membina sebuah rumah untuk dirinya sebelum dia membina rumah yang diperintahkan kepadanya. Kemudian Allah mewahyukan kepadanya: Wahai Daud! Kamu telah membina rumahmu terlebih dahulu sebelum rumah-Ku? Baginda menjawab: Ya wahai Tuhan! Inilah yang telah Engkau sebutkan pada perkara yang Engkau telah putuskan: Siapa yang memiliki, dia akan mendahului. Kemudian baginda membina masjid dan apabila selesai pagar dinding, ia kemudiannya runtuh. Baginda pun mengadu hal tersebut kepada Allah, maka Allah mewahyukan kepadanya bahawa kamu tidak lagi boleh binakan untuk-Ku sebuah rumah. Baginda bertanya: Wahai Tuhan! Kenapakah demikian? Allah menjawab: Kerana apa yang telah mengalir di tanganmu daripada pertumpahan darah. Baginda berkata lagi: Wahai Tuhan! Tidakkah ia di atas keinginan-Mu. Allah menjawab: Ya, akan tetapi mereka adalah hamba-hamba lelaki-Ku dan hamba-hamba perempuan-Ku dan Aku mengasihani mereka. Maka hal demikian telah menyempitkannya(Daud). Lalu Allah mewahyukan kepadanya: Jangan bersedih kerana sesungguhnya aku akan memutuskan binaan itu dari tangan anakmu iaitu Sulayman
Sahabat Perawi
- Rafi' bin Umair RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān
Status
Batil Marfu'
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1657, hadis no. 8365. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Batil Marfu’) Daripada Rafi’ bin ‘Umair RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Allah berfirman kepada Daud: Wahai Daud! Binakan untuk-Ku sebuah rumah di bumi. Lalu Daud membina sebuah rumah untuk dirinya sebelum dia membina rumah yang diperintahkan kepadanya. Kemudian Allah mewahyukan kepadanya: Wahai Daud! Kamu telah membina rumahmu terlebih dahulu sebelum rumah-Ku? Baginda menjawab: Ya wahai Tuhan! Inilah yang telah Engkau sebutkan pada perkara yang Engkau telah putuskan: Siapa yang memiliki, dia akan mendahului. Kemudian baginda membina masjid dan apabila selesai pagar dinding, ia kemudiannya runtuh. Baginda pun mengadu hal tersebut kepada Allah, maka Allah mewahyukan kepadanya bahawa kamu tidak lagi boleh binakan untuk-Ku sebuah rumah. Baginda bertanya: Wahai Tuhan! Kenapakah demikian? Allah menjawab: Kerana apa yang telah mengalir di tanganmu daripada pertumpahan darah. Baginda berkata lagi: Wahai Tuhan! Tidakkah ia di atas keinginan-Mu. Allah menjawab: Ya, akan tetapi mereka adalah hamba-hamba lelaki-Ku dan hamba-hamba perempuan-Ku dan Aku mengasihani mereka. Maka hal demikian telah menyempitkannya(Daud). Lalu Allah mewahyukan kepadanya: Jangan bersedih kerana sesungguhnya aku akan memutuskan binaan itu dari tangan anakmu iaitu Sulayman)). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, dan dalam Musnad al-Syamiyyin, Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’, dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 172].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman