Allah berfirman : Aku mengharamkan neraka kepada tulang sulbi yang telah menurunkan kamu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: هبط جبريل علي. فقال: إن الله يقرئك السلام، ويقول: إني حرمت النار على صلب أنزلك، وبطن حملك، وحجر كفلك. أما الصلب: فعبد الله. وأما البطن: فآمنة بنت وهب. وأما الحجر: فعبد _ يعني: عبد المطلب، وفاطمة بنت أسد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith : Jibril telah turun kepadaku. Dia berkata: Allah menyampaikan salam kepadamu. Dia berfirman : Aku mengharamkan neraka kepada tulang sulbi yang telah menurunkan kamu, perut yang telah mengandungkan kamu dan juga rumah yang telah melindungimu. Tulang sulbi: Abdullah. Perut: Aminah binti Wahb. Manakala rumah adalah rumah Abdul Mutalib dan Fatimah binti Asad.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 321, hadis nombor 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: مجاهيل، وهو موضوع.

Dalam sanadnya terdapat orang-orang yang majhul (tidak diketahui). Ia adalah hadis palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs