Allah berbicara dengan laut Syam dan laut India

TEKS BAHASA ARAB

كلم الله بحر الشام فقال: يا بحر! ألم أخلقك فأحسنت خلقك، وأكثرت فيك من الماء؟ قال: بلى يا رب! قال: كيف تصنع إذا حملت فيك عبادي يسبحونني ويحمدونني ويكبرونني ويهللونني؟ قال: أغرقهم. قال: فإني جاعل بأسك في نواحيك، وحاملهم على يدي. قال: ثم كلم الله بحر الهند فقال: ألم أخلقك فأحسنت خلقك، وأكثرت فيك من الماء؟ قال: بلى يا رب! قال: فكيف تصنع إذا حملت فيك عبادي يسبحونني ويحمدونني ويكبرونني؟ قال: أسبحك معهم، وأهللك معهم، وأحملهم على ظهري وبطني، فأثابه الله الحلية [والصيد].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah telah berbicara dengan laut Syam. Allah berkata: Wahai laut! Tidakkah aku menciptamu, memperelokkan penciptaanmu dan memperbanyakkan air padamu? Jawab laut: Ya, wahai Tuhan. Allah berkata lagi: Bagaimana yang akan kamu lakukan sekiranya Aku membawa padamu hamba-Ku yang bertasbih kepada-Ku, bertahmid kepada-Ku, bertakbir kepada-Ku dan bertahlil kepada-Ku? Jawab laut: Aku akan tenggelamkannya. Allah berkata: Sesungguhnya aku akan jadikan kerosakan pada sekelilingmu dan aku akan menjaga mereka di atas kekuasaan-Ku. Kemudian Allah berbicara dengan laut India. Allah berkata: Tidakkah aku menciptamu, memperelokkan penciptaanmu dan memperbanyakkan air padamu? Jawab laut: Ya, wahai Tuhan. Allah berkata lagi: Bagaimana yang akan kamu lakukan sekiranya Aku membawa padamu hamba-Ku yang bertasbih kepada-Ku, bertahmid kepada-Ku, bertakbir kepada-Ku dan bertahlil kepada-Ku? Jawab laut: Aku akan bertasbih bersama mereka, bertahlil bersama mereka dan menjaga mereka di belakangku dan perutku, maka (disebabkan itu) Allah memberinya perhiasan dan binatang buruan (hasil laut).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1552, hadis nombor 7871. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((كلم الله بحر الشام فقال: يا بحر! ألم أخلقك فأحسنت خلقك، وأكثرت فيك من الماء؟ قال: بلى يا رب! قال: كيف تصنع إذا حملت فيك عبادي يسبحونني ويحمدونني ويكبرونني ويهللونني؟ قال: أغرقهم. قال: فإني جاعل بأسك في نواحيك، وحاملهم على يدي. قال: ثم كلم الله بحر الهند فقال: ألم أخلقك فأحسنت خلقك، وأكثرت فيك من الماء؟ قال: بلى يا رب! قال: فكيف تصنع إذا حملت فيك عبادي يسبحونني ويحمدونني ويكبرونني؟ قال: أسبحك معهم، وأهللك معهم، وأحملهم على ظهري وبطني، فأثابه الله الحلية [والصيد] ) .
[البزار، عق، ابن حبان في ((الضعفاء))، عد، خط، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6475)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Allah telah berbicara dengan laut Syam. Allah berkata: Wahai laut! Tidakkah aku menciptamu, memperelokkan penciptaanmu dan memperbanyakkan air padamu? Jawab laut: Ya, wahai Tuhan. Allah berkata lagi: Bagaimana yang akan kamu lakukan sekiranya Aku membawa padamu hamba-Ku yang bertasbih kepada-Ku, bertahmid kepada-Ku, bertakbir kepada-Ku dan bertahlil kepada-Ku? Jawab laut: Aku akan tenggelamkannya. Allah berkata: Sesungguhnya aku akan jadikan kerosakan pada sekelilingmu dan aku akan menjaga mereka di atas kekuasaan-Ku. Kemudian Allah berbicara dengan laut India. Allah berkata: Tidakkah aku menciptamu, memperelokkan penciptaanmu dan memperbanyakkan air padamu? Jawab laut: Ya, wahai Tuhan. Allah berkata lagi: Bagaimana yang akan kamu lakukan sekiranya Aku membawa padamu hamba-Ku yang bertasbih kepada-Ku, bertahmid kepada-Ku, bertakbir kepada-Ku dan bertahlil kepada-Ku? Jawab laut: Aku akan bertasbih bersama mereka, bertahlil bersama mereka dan menjaga mereka di belakangku dan perutku, maka (disebabkan itu) Allah memberinya perhiasan dan binatang buruan (hasil laut).”
[Riwayat al-Bazzar, al-Uqaili dalam al-Dhu’afa, Ibn Hibban dalam al-Du’afa’, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Tarikh, Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6475]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs