Allah berbicara dengan laut Syam, Allah berfirman: Wahai laut, bukankah Aku yang menciptakan kamu dan memperelokkan kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كلم الله بحر الشام فقال: يا بحر! ألم أخلقك فأحسنت خلقك، وأكثرت فيك من الماء؟ قال: بلى يا رب! قال: كيف تصنع إذا حملت فيك عبادي يسبحونني ويحمدونني ويكبرونني ويهللونني؟ قال: أغرقهم. قال: فإني جاعل بأسك في نواحيك، وحاملهم على يدي. قال: ثم كلم الله بحر الهند فقال: ألم أخلقك فأحسنت خلقك، وأكثرت فيك من الماء؟ قال: بلى يا رب! قال: فكيف تصنع إذا حملت فيك عبادي يسبحونني ويحمدونني ويكبرونني؟ قال: أسبحك معهم، وأهللك معهم، وأحملهم على ظهري وبطني، فأثابه الله الحلية [ والصيد ].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah berbicara dengan laut Syam. Allah berfirman: Wahai laut, bukankah Aku yang menciptakan kamu dan memperelokkan kamu. Aku juga memenuhkan kamu dengan air. Laut berkata: Benar wahai Tuhan. Allah berfirman: Apakah yang kamu akan lakukan jika Aku letakkan hamba-Ku di atas kamu di mana mereka bertasbih, bertahmid, bertakbir dan bertahlil kepada-Ku. Laut bertanya: Saya akan tenggelamkan mereka. Allah berfirman: Aku jadikan kepayahan berada di sekeliling kamu dan Aku akan bawa mereka dengan tangan-Ku. Rasulullah SAW bersabda lagi: Kemudian Allah berbicara dengan laut India. Allah berfirman: Bukankah Aku yang menciptakan dan memperelokkan kamu. Aku juga penuhkan kamu dengan air? Benar wahai Tuhan. Allah berfirman: Apakah yang kamu akan lakukan jika Aku letakkan hamba-Ku di atas kamu di mana mereka bertasbih, bertahmid, bertakbir dan bertahlil kepada-Ku. Laut India berkata: Saya akan bertasbih dan bertahlil kepada Engkau bersama mereka. Saya bawa mereka di belakang dan perut saya. Lantas Allah berikan kepada laut India perhiasan dan ikan yang boleh dipancing.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1929, hadis nombor 9680. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – ، قال: قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كلم اللهُ بحرَ الشامِ فقال: يا بحرُ! ألم أخلُقْكَ فأحسنتُ خَلْقَك، وأكثرتُ فيك من الماءِ؟ قال: بلى يا ربِّ! قال: كيف تصنعُ إذا حملتُ فيك عبادي يُسبِّحُونني ويحمدونني ويُكبِّرونني ويُهلِّلونني؟ قال: أُغرقهم. قال: فإني جاعلٌ بأسَك في نواحيكَ، وحامِلُهم على يدي. قال: ثم كلم اللهُ بحرَ الهندِ فقال: ألم أَخْلُقْك فأحسنتُ خَلْقَك، وأكثرتُ فيك من الماءِ؟ قال: بلى يا ربِّ! قال: فكيف تصنعُ إذا حملتُ فيك عبادي يُسبِّحُونني ويحمدونني ويُكبِّرُونني؟ قال: أُسبِّحُك معهم، وأُهلِّلُك معهم، وأحمِلُهم على ظهري وبطني، فأثابَه اللهُ الحِليةَ والصيدَ. [البزار، عق، ابن حبان في ((الضعفاء))، عد، خط، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6475)].

(Palsu) Daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah berbicara dengan laut Syam. Allah berfirman: Wahai laut, bukankah Aku yang menciptakan kamu dan memperelokkan kamu. Aku juga memenuhkan kamu dengan air. Laut berkata: Benar wahai Tuhan. Allah berfirman: Apakah yang kamu akan lakukan jika Aku letakkan hamba-Ku di atas kamu di mana mereka bertasbih, bertahmid, bertakbir dan bertahlil kepada-Ku. Laut bertanya: Saya akan tenggelamkan mereka. Allah berfirman: Aku jadikan kepayahan berada di sekeliling kamu dan Aku akan bawa mereka dengan tangan-Ku. Rasulullah SAW bersabda lagi: Kemudian Allah berbicara dengan laut India. Allah berfirman: Bukankah Aku yang menciptakan dan memperelokkan kamu. Aku juga penuhkan kamu dengan air? Benar wahai Tuhan. Allah berfirman: Apakah yang kamu akan lakukan jika Aku letakkan hamba-Ku di atas kamu di mana mereka bertasbih, bertahmid, bertakbir dan bertahlil kepada-Ku. Laut India berkata: Saya akan bertasbih dan bertahlil kepada Engkau bersama mereka. Saya bawa mereka di belakang dan perut saya. Lantas Allah berikan kepada laut India perhiasan dan ikan yang boleh dipancing. [Riwayat al-Bazzar, al-Uqayli, Ibnu Hibban dalam al-Du'afa, Ibnu Adi, al-Khatib al-Baghdadi dan Ibnu al-Jauzi dalam al-'Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6475]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.