Allah berbangga dengan tiga suara di hadapan para malaikat

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة أصوات يباهي الله بها الملائكة: الأذان، والتكبير في سبيل الله، ورفع الصوت بالتلبية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah berbangga dengan tiga suara (laungan) di hadapan para malaikat: azan, (laungan) takbir di jalan Allah (medan jihad) dan meninggikan suara semasa bertalbiah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 275, hadis nombor 1428. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ثلاثة أصوات يباهي الله بها الملائكة: الأذان، والتكبير في سبيل الله، ورفع الصوت بالتلبية)).
[أبو القاسم بن الوزير في ((الأمالي))، فر، الحافظ ابن حجر في ((المسلسلات))، ((الضعيفة)) (‌‌3434)]

(Lemah)
Daripada Jabir ―raḍiyallāhu ‘anhu― secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah berbangga dengan tiga suara (laungan) di hadapan para malaikat: azan, (laungan) takbir di jalan Allah (medan jihad) dan meninggikan suara semasa bertalbiah.
[Riwayat Abu al-Qasim Ibn Al-Wazir dalam al-Amali, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, al-Hafiz Ibn Hajar dalam al-Musalsalat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3434]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs