Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثةُ أصواتٍ يُباهِي اللهُ بها الملائكةَ: الأذانُ، والتكبيرُ في سبيلِ اللهِ، ورفعُ الصوتِ بالتلبيةِ.
Teks Bahasa Melayu
Allah berbangga dengan tiga suara (laungan) di hadapan para malaikat: azan, (laungan) takbir di jalan Allah (medan jihad) dan meninggikan suara semasa bertalbiah.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 275, hadis no. 1428. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ثلاثة أصوات يباهي الله بها الملائكة: الأذان، والتكبير في سبيل الله، ورفع الصوت بالتلبية)). [أبو القاسم بن الوزير في ((الأمالي))، فر، الحافظ ابن حجر في ((المسلسلات))، ((الضعيفة)) (3434)]
(Daif) Daripada Jabir ―raḍiyallāhu ‘anhu― secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah berbangga dengan tiga suara (laungan) di hadapan para malaikat: azan, (laungan) takbir di jalan Allah (medan jihad) dan meninggikan suara semasa bertalbiah. [Riwayat Abu al-Qasim Ibn Al-Wazir dalam al-Amali, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, al-Hafiz Ibn Hajar dalam al-Musalsalat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3434]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman