Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Allah bencikan lelaki yang menganggur

Teks Bahasa Arab

إن الله يكره الرجل البطال.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah bencikan lelaki yang menganggur.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 22, hadis no. 58. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لم يوجد، وفي معناه: ما في حديث ضعيف: "إن الله يحب المؤمن المحترف". وفي الحديث: "إن الله يحب أن يرى عبده تعبا في طلب الحلال". وجاء من قول عمر -رضي الله عنه-: "إني لأكره أن أرى أحدكم فارغا سبهللا لا في عمل دنيا ولا في عمل آخرة"، ونحوه عن ابن مسعود.

Tidak ditemui, dan semakna dengannya: Apa yang di dalam hadith yang dha'if: "Sesungguhnya Allah menyukai orang mukmin yang berkerjaya". Dan di dalam hadith: "Sesungguhnya Allah suka untuk melihat hamba-Nya keletihan dalam mencari yang halal". Juga diriwayatkan melalui kata-kata 'Umar RA: "Sesungguhnya aku benar-benar benci melihat seseorang kamu dalam keadaan tidak bertujuan, tidak pada pekerjaan dunia dan tidak pula pada pekerjaan akhirat", dan seumpamanya daripada Ibn Mas'ud.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.