Allah ‘azza wa jalla berfirman: Tiga tempoh waktu yang Aku sembunyikannya

TEKS BAHASA ARAB

قال الله عز وجل: ثلاث خلال غيبتهن عن عبادي، لو رآهن رجل ما عمل سوءا أبدا: لو كشفت غطائي حتى يراني فيستيقن ويعلم كيف أفعل لخلقي إذا أمتهم؟ وقبضت السماوات والأرضين ثم قلت: أنا الملك من ذا الذي له الملك دوني؟! ثم أريهم الجنة وما أعددت لهم فيها من كل خير فيستيقنونها، وأريهم النار وما أعددت لهم من كل شر فيستيقنونها. ولكن عمدا غيبت ذلك عنهم؛ لأعلم كيف يعملون، وقد بينته لهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah ‘azza wa jalla berfirman: Tiga tempoh waktu yang Aku sembunyikannya daripada hamba-hamba-Ku, jika seseorang melihatnya, dia tidak akan melakukan keburukan selama-lamanya: Waktu aku menyingkap hijab sehingga manusia dapat melihat-Ku, lalu dia meyakini dan mengetahui apa yang Aku lakukan kepada makhluk-Ku apabila Aku mematikan mereka. Dan Aku memegang seluruh langit dan bumi lalu berfirman: Akulah raja. Siapa lagi yang mempunyai kerajaan selain-Ku? Kemudian Aku perlihatkan kepada mereka syurga dan semua kebaikan yang Aku sediakan untuk mereka, serta Aku perlihatkan kepada mereka neraka dan semua keburukan yang Aku sediakan untuk mereka, lalu mereka meyakininya. Tetapi Aku sengaja menyembunyikannya daripada mereka supaya Aku tahu bagaimana amalan mereka, dalam keadaan Aku telah sampaikan penerangan kepada mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2047, hadis nombor 10301. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي مالك الأشعاري -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: قال اللهُ عزَّ وجلَّ: ثلاثُ خلالٍ غيَّبتُهنَّ عن عبادي، لو رآهنَّ رجلٌ ما عمل سوءًا أبدًا: لو كشفتُ غطائي حتى يراني فيستيْقِنَ ويعلمَ كيف أفعلُ لخلقي إذا أَمَتُّهُمْ؟ وقبضتُ السماواتِ والأرضينَ ثم قلتُ: أنا المَلِكُ من ذا الذي له المُلْكُ دوني؟! ثم أُريهم الجنةَ وما أعددتُ لهم فيها من كلِّ خيرٍ فيستيْقِنُونها، وأُرِيهم النارَ وما أعددتُ لهم من كلِّ شرٍّ فيستيْقِنُونها. ولكن عمدًا غيَّبتُ ذلك عنهم؛ لأعلمَ كيف يعملون، وقد بيَّنتُه لهم.
[طب، وفي ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5608)]

(Lemah)
Daripada Abu Malik al-Asy’ari RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah ‘azza wa jalla berfirman: Tiga tempoh waktu yang Aku sembunyikannya daripada hamba-hamba-Ku, jika seseorang melihatnya, dia tidak akan melakukan keburukan selama-lamanya: Waktu aku menyingkap hijab sehingga manusia dapat melihat-Ku, lalu dia meyakini dan mengetahui apa yang Aku lakukan kepada makhluk-Ku apabila Aku mematikan mereka. Dan Aku memegang seluruh langit dan bumi lalu berfirman: Akulah raja. Siapa lagi yang mempunyai kerajaan selain-Ku? Kemudian Aku perlihatkan kepada mereka syurga dan semua kebaikan yang Aku sediakan untuk mereka, serta Aku perlihatkan kepada mereka neraka dan semua keburukan yang Aku sediakan untuk mereka, lalu mereka meyakininya. Tetapi Aku sengaja menyembunyikannya daripada mereka supaya Aku tahu bagaimana amalan mereka, dalam keadaan Aku telah sampaikan penerangan kepada mereka.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir dan Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5608]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs