Allah Azza wa Jalla tidak mendengar suatu pun yang lebih afdhal berbanding solat dua rakaat atau lebih

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما أذن الله – عز وجل – في شيء أفضل من ركعتين أو اكثر، والبر يتناثر فوق رأس العبد ما كان في صلاة، وما تقرب عبد إلى الله – عز وجل – بأفضل مما خرج منه – يعني القرآن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah Azza wa Jalla tidak mendengar suatu pun yang lebih afdal berbanding solat dua rakaat atau lebih. Kebaikan mencucuri di atas kepala seorang hamba selama mana dia berada di dalam solat. Dan tidaklah seorang hamba itu mendekatkan dirinya kepada Allah Azza wa Jalla dengan suatu yang lebih afdal berbanding apa yang keluar darinya: Iaitu bacaan al-Quran.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 257, hadis nombor 1335. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جبير بن نفير مرفوعا: ((ما أذن الله – عز وجل – في شيء أفضل من ركعتين أو أكثر، والبر يتناثر فوق رأس العبد ما كان في صلاة، وما تقرب عبد إلى الله – عز وجل – بأفضل مما خرج منه يعني القرآن))، [طب، ((الضعيفة)) (2015، 1957)]

(Lemah)
Daripada Jubair bin Nufair secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah Azza wa Jalla tidak mendengar suatu pun yang lebih afdal berbanding solat dua rakaat atau lebih. Kebaikan mencucuri di atas kepala seorang hamba selama mana dia berada di dalam solat. Dan tidaklah seorang hamba itu mendekatkan dirinya kepada Allah Azza wa Jalla dengan suatu yang lebih afdal berbanding apa yang keluar darinya: Iaitu bacaan al-Quran.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2015, 1957]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.