Allah ‘Azza Wa Jalla telah mewayhukan kepada Nabi Ibrahim AS: {Wahai kekasihku, perelokkanlah akhlak kamu sekali pun bersama orang-orang kafir. Masuklah kamu di tempat orang-orang yang baik

TEKS BAHASA ARAB

أوحى الله عز وجل إلى إبراهيم عليه السلام: يا خليلي! حسن خلقك ولو مع الكفار؛ تدخل مداخل الأبرار، فإن كلمتي سبقت لمن حسن خلقه: أن أظله تحت عرشي، وأن أسقيه من حظيرة قدسي، وأن أدنيه من جواري.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah ‘Azza Wa Jalla telah mewayhukan kepada Nabi Ibrahim AS: {Wahai kekasihku, perelokkanlah akhlak kamu sekali pun bersama orang-orang kafir kamu akan masuk ke tempat orang-orang yang baik. Sesungguhnya kalimah-Ku mendahului untuk mereka yang baik akhlaknya bahawa Aku melindunginya di bawah Arasy-Ku, dan supaya Aku memberinya minum daripada minuman syurga-Ku dan Aku akan mendekatkan dia dengan mereka yang berhampiran dengan-Ku}.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 52, hadis nombor 218. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أوحى الله عز وجل إلى إبراهيم عليه السلام: يا خليلي! حسن خلقك ولو مع الكفار؛ تدخل مداخل الأبرار، فإن كلمتي سبقت لمن حسن خلقه: أن أظله تحت عرشي، وأن أسقيه من حظيرة قدسي، وأن أدنيه من جواري)). [أبو نعيم في ((الأربعين الصوفية))، ابن عساكر، أبو مطيع المصري في ((الأمالي))، الأصبهاني في ((الترغيب))، الرفاعي في تاريخه، ((الضعيفة)) (3341)].

(Lemah)
Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW ): ((Allah ‘Azza Wa Jalla telah mewayhukan kepada Nabi Ibrahim AS: {Wahai kekasihku, perelokkanlah akhlak kamu sekali pun bersama orang-orang kafir kamu akan masuk ke tempat orang-orang yang baik. Sesungguhnya kalimah-Ku mendahului untuk mereka yang baik akhlaknya bahawa Aku melindunginya di bawah Arasy-Ku, dan supaya Aku memberinya minum daripada minuman syurga-Ku dan Aku akan mendekatkan dia dengan mereka yang berhampiran dengan-Ku}.))
[Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Arba‘īn al-Ṣūfiyyah, Ibn ‘Asākir, Abū Muṭī‘ al-Miṣrī dalam al-Amālī, al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb, al-Rāfi‘ī dalam Tārikhnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3341].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs