Allah Azza wa jalla memerintahkan dua orang hamba-Nya masuk ke dalam neraka

TEKS BAHASA ARAB

أمر الله عز وجل بعبدين إلى النار، فلما وقف أحدهما على شفتها؛ التفت فقال: أما والله! إن كان ظني بك لحسن؟ فقال الله عز وجل: ردوه فأنا عند ظنِّ عبدي بي، فغفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah Azza wa jalla memerintahkan dua orang hamba-Nya masuk ke dalam neraka. Apabila salah seorang daripada mereka berdua berhenti di pinggirnya, dia berpaling lalu berkata: Ketahuilah demi Allah! Jika sangkaanku baik terhadap-Mu? Lalu Allah Azzawajalla berfirman: Kembalikan dia, kerana Aku berdasarkan sangkaanmu terhadap-Ku. Lalu Allah mengampuninya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2051, hadis nombor 10316. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه- أن رسول الله ﷺ قال: أمر الله عز وجل بعبدين إلى النار، فلما وقف أحدهما على شفتها؛ التفت فقال: أما والله! إن كان ظني بك لحسن؟ فقال الله عز وجل: ردوه فأنا عند ظنك بي، فغفر له.
[هب، ((الضعيفة)) (6150)]

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah Azza wa jalla memerintahkan dua orang hamba-Nya masuk ke dalam neraka. Apabila salah seorang daripada mereka berdua berhenti di pinggirnya, dia berpaling lalu berkata: Ketahuilah demi Allah! Jika sangkaanku baik terhadap-Mu? Lalu Allah Azza wa jalla berfirman: Kembalikan dia, kerana Aku berdasarkan sangkaanmu terhadap-Ku. Lalu Allah mengampuninya.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 6150]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.