Allah Azza Wa Jalla berfirman: Sesungguhnya para wali-Ku dalam kalangan hamba-hamba-Ku dan para kekasih-Ku dalam kalangan makhluk-Ku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قال الله -عز وجل – : إن أوليائي من عبادي، وأحبائي من خلقي؛ الذين يذكرون بذكري، وأذكر بذكرهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah Azza Wa Jalla berfirman: Sesungguhnya para wali-Ku dalam kalangan hamba-hamba-Ku dan para kekasih-Ku dalam kalangan makhluk-Ku; mereka adalah orang-orang yang mengingati-Ku dengan menyebut nama-Ku dan Aku juga mengingati mereka dengan menyebut nama mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1466, hadis nombor 7467. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمرو بن الجموح – رضي الله عنه – مرفوعا: ((قال الله – عز وجل -: إن أوليائي من عبادي، وأحبائي من خلقي؛ الذين يذكرون بذكري، وأذكر بذكرهم)). [حل، ((الضعيفة)) (3891)]

(Lemah)
Daripada ‘Amr bin al-Jamuh RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah Azza Wa Jalla berfirman: Sesungguhnya para wali-Ku dalam kalangan hamba-hamba-Ku dan para kekasih-Ku dalam kalangan makhluk-Ku; mereka adalah orang-orang yang mengingati-Ku dengan menyebut nama-Ku dan Aku juga mengingati mereka dengan menyebut nama mereka.
[Riwayat Abu Nu'aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3891]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.