Allah Azza wa Jalla berfirman: Sesungguhnya Aku ialah Allah, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Aku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قال الله -عز وجل-: إني أنا الله لا إله إلا أنا، فاعبدوني، من جاءني منكم بشهادة أن لا إله إلا الله بالإخلاص دخل في حصني، ومن دخل في حصني أمن من عذابي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah Azza wa Jalla berfirman: “Sesungguhnya Aku ialah Allah, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Aku, maka sembahlah Aku. Sesiapa di kalangan kalian yang datang bertemu aku beserta penyaksian dengan ikhlas bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dia akan berada dibawah perlindunganku. Dan sesiapa yang memperoleh perlindunganku, dia akan selamat daripada azab-Ku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 479, hadis nombor 2575. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم، عن جبريل -عليه السلام-، قال: ((قال الله -عز وجل-: إني أنا الله لا إله إلا أنا، فاعبدوني، من جاءني منكم بشهادة أن لا إله إلا الله بالإخلاص دخل في حصني، ومن دخل في حصني أمن من عذابي)). [حل، ((الضعيفة)) (4037)]

(Lemah)
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA, bahawa Rasulullah SAW menyampaikan kepada kami daripada Jibril alaihissalam. Jibril berkata: Allah Azza wa Jalla berfirman: “Sesungguhnya Aku ialah Allah, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Aku, maka sembahlah Aku. Sesiapa di kalangan kalian yang datang bertemu aku beserta penyaksian dengan ikhlas bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dia akan berada dibawah perlindunganku. Dan sesiapa yang memperoleh perlindunganku, dia akan selamat daripada azab-Ku.”
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4037]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.