Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قال الله -عز وجل-: إني أنا الله لا إله إلا أنا، فاعبدوني، من جاءني منكم بشهادة أن لا إله إلا الله بالإخلاص دخل في حصني، ومن دخل في حصني أمن من عذابي.
Teks Bahasa Melayu
Allah Azza wa Jalla berfirman: “Sesungguhnya Aku ialah Allah, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Aku, maka sembahlah Aku. Sesiapa di kalangan kalian yang datang bertemu aku beserta penyaksian dengan ikhlas bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dia akan masuk ke dalam benteng-Ku. Dan sesiapa yang memasuki benteng-Ku, dia akan selamat daripada azab-Ku.”
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 479, hadis no. 2575.
(ضعيف) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم، عن جبريل -عليه السلام-، قال: ((قال الله -عز وجل-: إني أنا الله لا إله إلا أنا، فاعبدوني، من جاءني منكم بشهادة أن لا إله إلا الله بالإخلاص دخل في حصني، ومن دخل في حصني أمن من عذابي)). [حل، ((الضعيفة)) (4037)]
(Lemah) Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA, bahawa Rasulullah SAW menyampaikan kepada kami daripada Jibril alaihissalam. Jibril berkata: Allah Azza wa Jalla berfirman: “Sesungguhnya Aku ialah Allah, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Aku, maka sembahlah Aku. Sesiapa di kalangan kalian yang datang bertemu aku beserta penyaksian dengan ikhlas bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dia akan masuk ke dalam benteng-Ku. Dan sesiapa yang memasuki benteng-Ku, dia akan selamat daripada azab-Ku.” [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4037]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman