Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللهَ اللهَ فيمن ليس له ناصرٌ إلَّا اللهُ.
Teks Bahasa Melayu
Allah Allah, bagi sesiapa yang tiada pertolongan untuknya kecuali Allah.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1797, hadis no. 9053. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: الله الله فيمن (ليس) له ناصر إلا الله. [عد، ((الضعيفة)) (1460)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Allah Allah, bagi sesiapa yang tiada pertolongan untuknya kecuali Allah." [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil Fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1460]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman