Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ سيمنع هذا الدِّينَ بنصارى منْ ربيعةَ على شاطيءِ الفُراتِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah akan menghalang agama ini melalui orang Nasrani daripada kelompok Rabi'ah di persisiran pantai Furat.
Sahabat Perawi
- Umar al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1327, hadis no. 6777. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه، قال: لولا أني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن الله سيمنع هذا الدين بنصارى من ربيعة على شاطىء الفرات)). ما تركت عربياً إلا قتلته أو يسلم. [ن في ((الكبرى))، البزار، الطبري في ((التهذيب))، ع، الضياء، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3075)]
(Lemah) Daripada Umar bin al-Khattab RA telah berkata: Kalaulah aku tidak mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah akan menghalang agama ini melalui orang Nasrani daripada kelompok Rabi'ah di persisiran pantai Furat. Aku tidak akan membiarkan seorang pun orang Arab melainkan aku membunuhnya atau dia memeluk Islam. [Riwayat al-Nasa’ī dalam al-Kubra, al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Tahzib, Abu Ya'la, al-Diya', Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3075]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman