Allah akan mengeluarkan melalui belakangmu, seseorang yang kebinasaan mereka berada di tangannya

TEKS BAHASA ARAB

ليست بشجرة نبات، إنما هم بنو فلان، إذا ملكوا جاروا، وإذا ائتمنوا خانوا، ثم ضرب بيده على ظهر العباس، قال: فيخرج الله من ظهرك يا عم! رجلا يكون هلاكهم على يديه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1309 – 1310, hadis nombor 6691. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبد الله بن عباس رضي الله عنهما، أن النبي صلى الله عليه وسلم نظر إلى قوم من بني فلان يتبخترون في مشيهم، فعرف الغضب في وجهه، ثم قرأ: {الشجرة الملعونة في القرآن}، فقيل له: أي الشجر هي يا رسول الله حتى نجتثها؟ فقال: ليست بشجرة نبات، إنما هم بنو فلان، إذا ملكوا جاروا، وإذا ائتمنوا خانوا، ثم ضرب بيده على ظهر العباس، قال: فيخرج الله من ظهرك يا عم! رجلا يكون هلاكهم على يديه.
[خط، ((الضعيفة)) (1080)].

(Palsu)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Abbas RA bahawa Nabi SAW melihat kepada satu kaum dalam kalangan bani fulan yang sedang berjalan dengan angkuh, lalu terpapar kemarahan pada wajah baginda, kemudian baginda bersabda: {Dan pokok yang dilaknat dalam al-Qur’an} [Surah al-Isra`, ayat 60]. Dikatakan kepada baginda: Wahai Rasulullah! Pokok yang mana agar kami boleh mencabut akarnya? Baginda menjawab: Ia bukanlah pokok yang jenis tumbuhan, ia adalah bani fulan. Apabila berkuasa, mereka zalim, apabila diberikan amanah, mereka khianat. Kemudian baginda memukul menggunakan tangan baginda pada belakang al-‘Abbas, baginda bersabda: Wahai bapa saudara! Allah akan mengeluarkan melalui belakangmu, seseorang yang kebinasaan mereka berada di tangannya.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1080].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs