Allah akan mengazab ahli tauhid yang kurang imannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله ‌يعذب ‌الموحدين على نقص إيمانهم، ويردهم إلى الجنة خلوداً دائمين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah akan mengazab ahli tauhid yang kurang imannya, dan akan mengembalikan mereka ke syurga untuk selama-lamanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 661, hadis nombor 3409. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((إن الله ‌يعذب ‌الموحدين على نقص إيمانهم، ويردهم إلى الجنة خلودا دائمين)) [المظفر في ((فوائد منتقاة)) ((الضعيفة)) (3155)]

(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’: “Allah akan mengazab ahli tauhid yang kurang imannya, dan akan mengembalikan mereka ke syurga untuk selama-lamanya.” [Riwayat al-Muzaffar dalam Fawaid Muntaqah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3155]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.