TEKS BAHASA ARAB
أما شعرت أن الله قد زوجني في الجنة مريم بنت عمران، وكلثم أخت موسى وامرأة فرعون.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tahukah kamu, Allah akan mengahwinkan aku di syurga dengan Maryam binti Imran, Kulthum saudara perempuan kepada Nabi Musa dan isteri Firaun.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1125, hadis nombor 5678. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أما شْعَرْت أَنَّ اللَّهَ قَدْ زَوَّجَنِي فِي الْجَنَّةِ مَرْيَمَ بِنْتَ عِمْرَانَ وَكَلْثُمَ أُخْتَ مُوسَى وَامْرَأَةَ فِرْعَوْنَ. [طب، الضعيفة (812، 7053)].
(Palsu) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Tahukah kamu, Allah akan mengahwinkan aku di syurga dengan Maryam binti Imran, Kulthum saudara perempuan kepada Nabi Musa dan isteri Firaun. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 812, 7053]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.