Allah akan menebarkan rahmat-Nya keatas tiga golongan ini

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث من كن فيه نشر الله عليه كنفه وأدخله الجنة: رفق بالضعيف، والشفقة على الوالدين، والإحسان إلى المملوك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang mana jika ada pada diri seseorang, Allah akan menebarkan rahmat-Nya kepadanya serta memasukkannya ke dalam syurga, iaitu: Berlemah lembut dengan orang lemah, berkasih sayang dengan kedua ibubapa, dan berbuat ihsan terhadap hamba.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 14, hadis nombor 7. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ثلاث من كن فيه نشر الله عليه كنفه، وأدخله الجنة: رفق بالضعيف، والشفقة على الوالدين، والإحسان إلى المملوك)).
[ت، ((الضعيفة)) (92)]

(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga perkara yang mana jika ada pada diri seseorang, Allah akan menebarkan rahmat-Nya kepadanya serta memasukkannya ke dalam syurga, iaitu: Berlemah lembut dengan orang lemah, berkasih sayang dengan kedua ibubapa, dan berbuat ihsan terhadap hamba.
[Riwayat Sunan al-Tirmiẓī. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.92]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs