Allah akan menaungi pada hari tiada naungan selain naungannya

TEKS BAHASA ARAB

أظل الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله؛ من أنظر معسرا أو ترك لغارم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah akan menaungi pada hari tiada naungan selain naungannya; bagi sesiapa yang menolong orang yang susah atau memberi penangguhan bagi orang yang berhutang.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 873, hadis nombor 4471. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عثمان بن عفان -رضي الله عنه- قال: سمعت رسول الله صلى عليه وسلم يقول: ((أظل الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله؛ من أنظر معسرا أو ترك لغارم)). [عم، عق، ((الضعيفة)) (2817)].

(Lemah)
Daripada Uthman bin Affan RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Allah akan menaungi pada hari tiada naungan selain naungannya; bagi sesiapa yang menolong orang yang susah atau memberi penangguhan bagi orang yang berhutang.”
[Riwayat Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid al-Musnad dan al-Uqaili dalalm al-Dhu'afa' al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2817]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs