Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أظلَّ اللَّهُ عبدًا - في ظلِّهِ يومَ لا ظلَّ إلَّا ظلُّهُ -من أنظرَ مُعسرًا، أو ترَكَ لغارمٍ .
Teks Bahasa Melayu
Allah akan menaungi pada hari tiada naungan selain naungannya; bagi sesiapa yang menolong orang yang susah atau memberi penangguhan bagi orang yang berhutang.
Sahabat Perawi
- Uthman bin Affan RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 873, hadis no. 4471. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عثمان بن عفان -رضي الله عنه- قال: سمعت رسول الله صلى عليه وسلم يقول: ((أظل الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله؛ من أنظر معسرا أو ترك لغارم)). [عم، عق، ((الضعيفة)) (2817)].
(Lemah) Daripada Uthman bin Affan RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Allah akan menaungi pada hari tiada naungan selain naungannya; bagi sesiapa yang menolong orang yang susah atau memberi penangguhan bagi orang yang berhutang.” [Riwayat Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid al-Musnad dan al-Uqaili dalalm al-Dhu'afa' al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2817]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman