Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Allah akan membebaskan seratus ribu orang hamba-Nya daripada neraka setiap malam Jumaat kecuali dua orang

Teks Bahasa Arab

حديث: إِنَّ لِلَّهِ فِي كُلِّ لَيْلَةِ جُمُعَةٍ مِائَةَ أَلْفِ عَتِيقٍ مِنَ النار، إلا رجلين، فإنمهما يَدْخُلانِ فِي أُمَّتِي وَلَيْسَا مِنْهُمْ، وإن اللَّهَ لا يَعْتِقُهُمَا فِيمَنْ عَتَقَ، منهم من أهل الْكَبَائِرِ فِي طَبَقَتِهِمْ مُصَفَّدِينَ مَعَ عَبْدَةِ الأَوْثَانِ: مُبْغِضِي أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ، وَلَيْسَ هُمْ دَاخِلِينَ فِي الإِسْلامِ، وَإِنَّمَا هُمْ يَهُودُ هَذِهِ الأُمَّةِ. ثُمَّ قَالَ: أَلا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى مُبْغِضِي أَبِي بَكْرٍ، وَعُمَرَ، وَعُثْمَانَ، وَعَلِيٍّ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Allah akan membebaskan seratus ribu orang hamba-Nya daripada neraka setiap malam Jumaat kecuali dua orang. Mereka termasuk dalam kalangan umatku sedangkan mereka bukan daripada kalangan mereka. Allah tidak membebaskan mereka berdua. Di antara mereka adalah orang yang melakukan dosa besar dalam generasi mereka yang dirantai bersama penyembah berhala: Pembenci Abu Bakar dan Umar, mereka ini tidak akan memeluk Islam bahkan mereka adalah Yahudi bagi umat ini. Lalu Baginda bersabda: Laknat Allah ke atas pembenci Abu Bakar, Umar, Uthman, dan Ali.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 338, hadis no. 24. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن أنس مرفوعا. وقال: موضوع، كذب. وقال في الميزان: هذا من موضوعات ميسرة بن عبد الله الخادم.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Palsu dan dusta. Dia berkata dalam al-Mizan: Ini adalah sebahagian daripada pemalsuan Maisarah bin Abdullah al-Khadim.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.