TEKS BAHASA ARAB
يبعث الله يوم القيامة ناسا في صور الذر، يطؤهم الناس بأقدامهم، فيقال: ما بال هؤلاء في صور الذر؟! فيقال: هؤلاء المتكبرون في الدنيا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Allah akan membangkitkan sekumpulan manusia pada hari kiamat dalam bentuk debu, manusia akan memijaknya dengan kaki-kaki mereka, lalu ditanya: Apakah sebab mereka dibangkitkan dalam bentuk debu-debu? Maka dijawab: Mereka itu adalah orang-orang yang sombong ketika di dunia.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1360, hadis nombor 6936. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن جابر رضي الله عنه مرفوعا: يبعث الله يوم القيامة ناسا في صور الذر، يطؤهم الناس بأقدامهم، فيقال: ما بال هؤلاء في صور الذر؟! فيقال: هؤلاء المتكبرون في الدنيا.
[البزار، ((الضعيفة)) (5010)]
(Palsu)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah akan membangkitkan sekumpulan manusia pada hari kiamat dalam bentuk debu, manusia akan memijaknya dengan kaki-kaki mereka, lalu ditanya: Apakah sebab mereka dibangkitkan dalam bentuk debu-debu? Maka dijawab: Mereka itu adalah orang-orang yang sombong ketika di dunia.
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5010]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.