Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يبعثُ اللهُ يومَ القيامةِ ناسًا في صُوَرِ الذَّرِّ، يَطَؤُهُم الناسُ بأقدامِهِم، فيُقالُ: ما بالُ هؤلاءِ في صُوَرِ الذَّرِّ؟! فيُقالُ: هؤلاءِ المتكبرون في الدنيا.
Teks Bahasa Melayu
Allah akan membangkitkan sekumpulan manusia pada hari kiamat dalam bentuk debu, manusia akan memijaknya dengan kaki-kaki mereka, lalu ditanya: Apakah sebab mereka dibangkitkan dalam bentuk debu-debu? Maka dijawab: Mereka itu adalah orang-orang yang sombong ketika di dunia.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1360, hadis no. 6936. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر رضي الله عنه مرفوعا: يبعث الله يوم القيامة ناسا في صور الذر، يطؤهم الناس بأقدامهم، فيقال: ما بال هؤلاء في صور الذر؟! فيقال: هؤلاء المتكبرون في الدنيا. [البزار، ((الضعيفة)) (5010)]
(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah akan membangkitkan sekumpulan manusia pada hari kiamat dalam bentuk debu, manusia akan memijaknya dengan kaki-kaki mereka, lalu ditanya: Apakah sebab mereka dibangkitkan dalam bentuk debu-debu? Maka dijawab: Mereka itu adalah orang-orang yang sombong ketika di dunia. [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5010]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman