Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Allah akan membangkitkan sekelompok manusia pada hari kiamat dalam bentuk debu

Teks Bahasa Arab

يَبْعَثُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ نَاسًا فِي صُوَرٍ الذَّرِّ، يَطَؤُهُمْ النَّاسُ بأقدامهم، فَيُقَال: مَا بَالُ هَؤُلَاءِ فِي صُوَرٍ الذَّرِّ؟! فَيُقَال: هَؤُلَاء الْمُتَكَبِّرُون فِي الدُّنْيَا.

Teks Bahasa Melayu

Allah akan membangkitkan sekelompok manusia pada hari kiamat dalam bentuk debu. Orang-orang akan memijak mereka dengan tapak kaki mereka, kemudian ditanya: "Apa yang halnya mereka itu berbentuk debu?" Maka dijawab: "Mereka itu adalah orang-orang yang sombong di dunia."

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 512-513, hadis no. 2726.

(موضوع) عن جابر - رضي الله عنه - مرفوعا: «يبعث الله يوم القيامة ناسا في صور الذر، يطؤهم الناس بأقدامهم، فيقال: ما بال هؤلاء في صور الذر، يطؤهم الناس بأقدامهم، فيقال: ما بال هؤلاء في صور الذر؟! فيقال:هؤلاء المتكبرون في الدنيا». [البزار، ((الضعيفة)) (5010)].

(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Allah akan membangkitkan sekelompok manusia pada hari kiamat dalam bentuk debu. Orang-orang akan memijak mereka dengan tapak kaki mereka, kemudian ditanya: "Apa yang halnya mereka itu berbentuk debu?" Maka dijawab: "Mereka itu adalah orang-orang yang sombong di dunia." [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5010].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.